03 October 2008

01.10.08 - Jalan Hari Raya - *Wajib*

sesampai aku di rumah. apa lagi baduk ler.. dari subuh tadi aku tunggu nak makan hidangan raya. merasa masakan nenek. "sodap jang".. tapi tahun ni takda Sambal Godok.. tak terdaya kata nenek. takpalah kami paham, kesihatan dan kesejahteraan nenek kami utamakan..


dari sekeluarga ke sekeluarga yang datang menziarahi nenek..
kata orang "orang-orang tua ibarat keramat, pasti ramai yang datang mencari"


bila keaadan dah ok di rumah, aku ajak adik Eyas jalan raya.


first stop.
rumah yang happening setiap raya. rumah nek Ruby. kat sini aku boleh jumpa ramai keluarga sebelah emak. seronok dapat jumpa mereka yang seangkatan umur aku. maklum kami dulu sebumbung. ada umur kecil dari aku tapi pangkat makcik atau pakcik. selain itu ramai jugalah saudara-mara lain yang berkumpul.. ada yang "berzaman" tak jumpa. jadi inilah peluang paling baik bertukar khabar dan update info.

Cik Ita. dia ni peminat Ziana Zain. selalu sibuk bertanya tentang Ziana Zain. sorry ya, saya ahli NingClix, penyokong Ning Baizura. ehem.. ehem..

ini Cik Jun (waktu dia kecil dulu, akulah chaperon & baby sitter dia) , tapi aku panggil dia adik Idah.. sebab umur dia muda dariku. (oh tidak.. kekasih ku juga muda cam tu..) aku yang pujuk & heret dia ke majlis pernikahan & persandingan Ning Baizura. Cik Jun ni berbakat sangat dalam nyanyian.

sembang-sembang dengan Cik MeMei sebelum makan..

sembang-sembang dengan Cik Irwan (umur kami sama dan aku teriak nama aja kalau berbual dengan dia)
selepas makan. lama tak jumpa dengan dia. i did not know and i don't ask..

Raden, berbaju merah tahun ini. Cik Yanti(muda juga dari aku) dia ni.. pengantin baru.. suami barunya pula Kahar, kawan seangkatan NS dengan aku. such a small world.

Eyas dan aku sibuk sangat nak bergambar ngan anak yang comei ni..


ini keluarga belah ayah.. terlalu ramai aku kena intro.. so i forget my intention..(hehehe)



wow! aku suka makanan yang di hidangkan. best-best belaka.. tapi sayangnya perut aku dah larat.. dah tak kuat makan ke aku ni? gila kau... tak lah.. i save some space for the next house.

No comments: